Sunday, September 4, 2022

#stailEH2022

Jaket bulu daripada koleksi peribadi Ardi Idewani selebihnya milik peribadi saya

Jika Hollywood ada MetGala, sebuah majlis anjuran Muzium MET dan Vogue yang dianjurkan bertujuan mengumpul dana. Di Kuala Lumpur mungkin Anugerah Stail EH! anjuran majalah urban no 1 negara EH!. Tujuan penganjurannya bukanlah untuk mengumpul dana, tetapi apa yang ingin disamakan adalah bagaimana enthusiast kelompok yang terlibat di belakang tabir industri hiburan dan majalah EH! sendiri bersiap untuk ke acara. 

Tema tahun ini adalah #OveraTheTop. Menariknya, acara ini memperlihatkan kreativiti tetamu jemputan untuk menterjemahkan Over The Top mengikut fahaman sendiri. 

Lihat beberapa 'looks' Over The Top yang sempat saya rakamkan







yuyu paling puas!












Daiyan Trisha menang kategori besar tahun ini

 

mati


Jangan berdiri di pusaraku dan sugul,
Aku tiada di sana, Aku tidak tidur.
Aku berterbangan dalam seribu angin yang bertiup,
Aku adalah rintik hujan yang turun lembut.

Aku adalah awan yang mendung,
Aku adalah padi yang masak ranum.
Dari burung-burung yang indah beterbangan,
Aku adalah bintang malam yang berserakan.

Aku dalam bunga mekar,
Aku berada di dalam sangkar.
Aku adalah burung yang bertemasya,
Aku berada dalam setiap perkara indah.

Jangan berdiri di pusaraku dan menangis hiba,
Aku tiada di sana, Aku di alam sana. 

Digubah & diterjemah daripada puisi "immortality" oleh Clare Hamer 1934


Saturday, August 6, 2022

16 Februari 2020 Where the magic begin

Setahun aku mencari hingga terpaksa menebalkan muka ke butik-butik untuk meminta kerja. Kebanyakannya melalui dalam talian yang tak pernah satu pun membalas. Luar daripada bidang pun ada. Tapi masih sabar, mungkin Tuhan ingin aku berteriak meminta padaNya dengan sepenuh hati agar ada yang berlapang dada untuk menerimaku bekerja. Tapi siapa sangka ia hadir dalam keadaan kita tidak mencarinya? Sebuah acara yang terpaksa dihadiri atas alasan menemani kawan, Acara Rebranding Naelofar (media night) seperti biasa jika ada gambar yang aku rasa menarik untuk feed Instagram aku kongsikan terus sebaik acara selesai.


Pagi keesokan harinya tanggal 16 Februari 2020 aku menerima DM di Instagram oleh tuan empunya acara, Neelofa untuk berterima kasih kerana menghadiri acaranya, disamping turut menerima notifikasi 'like & comment' di ruang gambar posting berkenaan. 



Aku yang reply lewat bingkas bangun dari kepenatan mimpi sambil teruja dengan mesej di atas. Siapa sangka hanya kerana paksaan ke acara ini aku menerima tawaran hebat sebegini. Dia hadir dalam keadaan kita perlukannya tapi kita tidak mencarinya. Get it? 

Kebetulan acara rebranding Naelofar dibuat dua hari, maka aku tiba untuk hari kedua pada acara untuk meraikan Naelofar bersama peminat. Aku hadir dengan misi membuat content sebagai "audition work" yang perlu dibuktikan sebagai "passport" untuk diterima jawatan ini. 

Long story short dua hari selepas menerima pekerjaan disini, aku bersama team Neelofa ke Milan & Paris untuk acara Fashion Week 2020. Sebelum dunia havoc dengan lockdown yang banyak mengubah peristiwa selepas Covid19 melanda. 

Tanggal 20022020, adalah tarikh rasmi aku bersama Neelofa Sdn Bhd.


29 Februari 2020 Selamat Tinggal STAIL.MY


Tak ada satu pengalaman yang tidak mengajar kita. Walaupun banyaknya pahit, aku selalu hadamkan ia satu ujian untuk aku belajar. STAIL.MY membuka mataku untuk melihat perangai manusia yang berubah dan bermuka-muka, bagaimana rasa tertekan dengan kerja, tak suka tengok muka orang itu-ini. Tidak biasa dengan suasana seperti dalam drama Melayu sebegini tapi aku pasrah, ini jalan yang aku pilih yang aku fikir bagus untuk mengeksplorasi lebih lagi dalam bidang media dan penerbitan. Lagi pula seiring dengan kehendak massa yang mahukan pendigitalan media sebagai medium pantas terus ke audience-nya. Jadi aku terima pembaharuan ini dan sehingga kini aku suka dengan kerja ini. 

Tapi toksik orang didalamnya membuatkan kita harus kuat. Walaupun dihencap dengan tuduhan yang pelbagai. Kita harus terima sebab kita bukan siapa-siapa dan aku percaya suatu hari nanti segalanya akan terlerai dan alhamdulillah percaturan Allah amat cantik.

Dia temukan kita dengan semua orang walaupun bukan dalam pilihan dan kegemaran kita, untuk kita belajar dan mengenali setiap fiil manusia yang sememangnya pelbagai, pelik dan ada yang menjengkelkan kita. Ia bergantung pada kita untuk menerimanya. Padaku, ambil saja yang baik untuk diri sendiri. Yang tidak membuatkan hati jadi panas dan otak jadi serabut. 

Tanggal 29 Februari 2020 jam 1:42 pagi di London, aku menulis email berhenti kerja ke editor syarikat lama. Sengaja aku pilih tanggal 29 Februari kerana tarikh itu hanya hadir 4 tahun sekali.



Namun, sehingga kini bayaran hutang masih belum diterima. haha


Thursday, February 6, 2020

DYI Kaka Azraff's Halo Crown For Single "Diamond"



Styling Kaka Azraff for her latest single called "Diamond"
Photo by Edmund Lee
Makeup by Emmy Agung
Accessories by Habib Jewels 


1. Beli bahan-bahan di Semua House Jalan TAR
Lidi, Glue gun, Cekak (Mr. DIY), Gold Spray, Pita ukur (IKEA)

2. Ukur ikut cekak dan bagaimana kita mahu bucu-bucu terbentuk itu terpulang.

P/s: Crown was inspired by Beyonce Halo Crown


3. Lepas dah gam lidi pada cekak, kita mesti biarkan dia kering semalaman. Tak perlu pun tak pe, asalkan ia sudah benar-benar kukuh. 


4. Kelebihan mempunyai mannequin ialah kita dapat memastikan bentuk lidi terletak cantik apabila di atas kepala. Cekak akan mengubah bentuk apabila ia dikepakkan dan sebab itu saiz kepala patung membantu dikala proses glue gun dijalankan. 


5. Spray warna emas. Kenapa saya spray terlebih dahulu ialah untuk memastikan lidi dapat disalut warna emas 100 peratus. Kemudian barulah kita tambah bunga dan spray sekali lagi untuk mewarnakan bunga menjadi emas pula. 


6. Penambahan aksesori seperti rama-rama hinggap di batang-batang lidi dan kawasan yang kita mahukan. Rama-rama ini sediakala berwarna emas berkilat dan saya tidak mahu ia dimatikan dengan warna emas spray. Untuk menampakkannya hidup dan 3 Dimensi, saya bubuh rama-rama ini di proses terakhir.


7. Almost done!But we have to make sure that the flowers are not too crowded


8. Tada!


Me crowning Kaka moment ahaks!




Kaka In Michael Kors


Thursday, August 1, 2019

Happy 31st


Selamat hari lahir ke 31

Semoga menjadi lebih cool & disenangi oleh orang sekeliling
Kebetulan birthday tahun ni sama dengan Yang Di Pertuan Agong, aku culik kelebihan ini untuk cuti panjang dan pulang ke JB untuk celebrate dengan family. Sepanjang 11 tahun berdikari sendiri di negeri orang, aku tak kisah mahu celebrate birthday di mana malah, tidak kisah walau tidak diraikan. 

Tahun lalu menginjak usia ke 30, selalunya orang meraikan umur baru dengan full of joy but not me. That was disaster! The most memorial yet BAD BirthDAY ever. Pernah satu ketika aku mempersoalkan mengapa orang mengambil Anual Leave ketika hari jadi mereka dan mengapa tidak meraikan hari tersebut dengan rakan-rakan sekerja? bukankah lebih meriah dan bahagia?

Bukan menidakkan atau mengatakan ianya salah. Tapi ia hak individu untuk menyambut dengan siapa atau di mana. Aku je lebih feeling masatu. Sampailah tahun lepas, apabila terjadinya kejadian tragis hehehe... Seperti biasa aku bekerja dengan pakaian yang kemas, didandan rapi (gitu). Tiba waktu lunch hour aku dipanggil menghadap binatang buas Bigfoot atas sebab aku terlalu out loud di media sosial. Membuka aib kebenaran tentang satu laman sesawang sesendu alam. Aku di marah dan hampir dipukul yaaaaa... Sampaikan aku lebelkan hari tersebut adalah hari yang paling malang dalam sejarah hidupku.

Tapi semuanya pengalaman yang mengajar kita untuk lebih berperangai mulia dengan binatang bertopeng syaitan. Aku banyak belajar daripada itu. Sampai sekarang, aku akan pastikan tidak lagi berada di ruang bekerja sewaktu hari jadi. Walaupun selama 29 tahun diraikan penuh kegembiraan, 1 tahun yang aku anggap paling bermakna dalam hidup menjadi suram, kelam dan worst! Akanku ingai sampai bila-bila. 

Maka kembali kepada pangkuan keluarga pada hari lahir adalah sambutan paling terbaik. Walaupun tidak di restoran mewah, dengan fancy foods, pakaian glamor, kek dengan lilin bunga api, sekadar nyanyian, ais krim, makanan terbaik dan berdampingan dengan famili membuatkan hari ini penuh bermakna. 

Selamat 31 & Moga menjadi insan lebih baik untuk diri, keluarga, orang sekeliling dan Tuhan yang Esa.


Semua hari jadi dia punya hari jadi



Thursday, April 17, 2014

Hello Blogers!

Loooooooong time no see!

terdetik ingin memuat turun gambar terkini hehe




Universal Studio Singapore
Photo: My Sister (Amelia Sofia)


during Volkswagen event at Sepang
I'm flying high!


I'm triying new apps from #lorystrips 


Infront of KL's new hangout place Tour Les Jours Bukit Bintang
Wolo Bukit Bintang







Universal Studio Singapore
Photo: My Sister (Siti Aisha)


Universal Studio Singapore
Photo: Ayah


Universal Studio Singapore
Photo: My Sister (Amelia Sofia)


After Jeager-LeCoultre event 
presents SIHH2014 collection at NEO Tamarind Bukit Bintang



Photo: My collegue (Ardi) infront our office


Photo: Afiq Khairuddin
Me & him brunch at Nando's Pudu Sentral KL
before we go to immigration  


Photo: Ting 
Me with Ardi


nice set up huh? 
this is at Never Follow Suit Boutique Bangsar