Sunday, September 4, 2022

#stailEH2022

Jaket bulu daripada koleksi peribadi Ardi Idewani selebihnya milik peribadi saya

Jika Hollywood ada MetGala, sebuah majlis anjuran Muzium MET dan Vogue yang dianjurkan bertujuan mengumpul dana. Di Kuala Lumpur mungkin Anugerah Stail EH! anjuran majalah urban no 1 negara EH!. Tujuan penganjurannya bukanlah untuk mengumpul dana, tetapi apa yang ingin disamakan adalah bagaimana enthusiast kelompok yang terlibat di belakang tabir industri hiburan dan majalah EH! sendiri bersiap untuk ke acara. 

Tema tahun ini adalah #OveraTheTop. Menariknya, acara ini memperlihatkan kreativiti tetamu jemputan untuk menterjemahkan Over The Top mengikut fahaman sendiri. 

Lihat beberapa 'looks' Over The Top yang sempat saya rakamkan







yuyu paling puas!












Daiyan Trisha menang kategori besar tahun ini

 

mati


Jangan berdiri di pusaraku dan sugul,
Aku tiada di sana, Aku tidak tidur.
Aku berterbangan dalam seribu angin yang bertiup,
Aku adalah rintik hujan yang turun lembut.

Aku adalah awan yang mendung,
Aku adalah padi yang masak ranum.
Dari burung-burung yang indah beterbangan,
Aku adalah bintang malam yang berserakan.

Aku dalam bunga mekar,
Aku berada di dalam sangkar.
Aku adalah burung yang bertemasya,
Aku berada dalam setiap perkara indah.

Jangan berdiri di pusaraku dan menangis hiba,
Aku tiada di sana, Aku di alam sana. 

Digubah & diterjemah daripada puisi "immortality" oleh Clare Hamer 1934


Saturday, August 6, 2022

16 Februari 2020 Where the magic begin

Setahun aku mencari hingga terpaksa menebalkan muka ke butik-butik untuk meminta kerja. Kebanyakannya melalui dalam talian yang tak pernah satu pun membalas. Luar daripada bidang pun ada. Tapi masih sabar, mungkin Tuhan ingin aku berteriak meminta padaNya dengan sepenuh hati agar ada yang berlapang dada untuk menerimaku bekerja. Tapi siapa sangka ia hadir dalam keadaan kita tidak mencarinya? Sebuah acara yang terpaksa dihadiri atas alasan menemani kawan, Acara Rebranding Naelofar (media night) seperti biasa jika ada gambar yang aku rasa menarik untuk feed Instagram aku kongsikan terus sebaik acara selesai.


Pagi keesokan harinya tanggal 16 Februari 2020 aku menerima DM di Instagram oleh tuan empunya acara, Neelofa untuk berterima kasih kerana menghadiri acaranya, disamping turut menerima notifikasi 'like & comment' di ruang gambar posting berkenaan. 



Aku yang reply lewat bingkas bangun dari kepenatan mimpi sambil teruja dengan mesej di atas. Siapa sangka hanya kerana paksaan ke acara ini aku menerima tawaran hebat sebegini. Dia hadir dalam keadaan kita perlukannya tapi kita tidak mencarinya. Get it? 

Kebetulan acara rebranding Naelofar dibuat dua hari, maka aku tiba untuk hari kedua pada acara untuk meraikan Naelofar bersama peminat. Aku hadir dengan misi membuat content sebagai "audition work" yang perlu dibuktikan sebagai "passport" untuk diterima jawatan ini. 

Long story short dua hari selepas menerima pekerjaan disini, aku bersama team Neelofa ke Milan & Paris untuk acara Fashion Week 2020. Sebelum dunia havoc dengan lockdown yang banyak mengubah peristiwa selepas Covid19 melanda. 

Tanggal 20022020, adalah tarikh rasmi aku bersama Neelofa Sdn Bhd.


29 Februari 2020 Selamat Tinggal STAIL.MY


Tak ada satu pengalaman yang tidak mengajar kita. Walaupun banyaknya pahit, aku selalu hadamkan ia satu ujian untuk aku belajar. STAIL.MY membuka mataku untuk melihat perangai manusia yang berubah dan bermuka-muka, bagaimana rasa tertekan dengan kerja, tak suka tengok muka orang itu-ini. Tidak biasa dengan suasana seperti dalam drama Melayu sebegini tapi aku pasrah, ini jalan yang aku pilih yang aku fikir bagus untuk mengeksplorasi lebih lagi dalam bidang media dan penerbitan. Lagi pula seiring dengan kehendak massa yang mahukan pendigitalan media sebagai medium pantas terus ke audience-nya. Jadi aku terima pembaharuan ini dan sehingga kini aku suka dengan kerja ini. 

Tapi toksik orang didalamnya membuatkan kita harus kuat. Walaupun dihencap dengan tuduhan yang pelbagai. Kita harus terima sebab kita bukan siapa-siapa dan aku percaya suatu hari nanti segalanya akan terlerai dan alhamdulillah percaturan Allah amat cantik.

Dia temukan kita dengan semua orang walaupun bukan dalam pilihan dan kegemaran kita, untuk kita belajar dan mengenali setiap fiil manusia yang sememangnya pelbagai, pelik dan ada yang menjengkelkan kita. Ia bergantung pada kita untuk menerimanya. Padaku, ambil saja yang baik untuk diri sendiri. Yang tidak membuatkan hati jadi panas dan otak jadi serabut. 

Tanggal 29 Februari 2020 jam 1:42 pagi di London, aku menulis email berhenti kerja ke editor syarikat lama. Sengaja aku pilih tanggal 29 Februari kerana tarikh itu hanya hadir 4 tahun sekali.



Namun, sehingga kini bayaran hutang masih belum diterima. haha