Saturday, August 6, 2022

29 Februari 2020 Selamat Tinggal STAIL.MY


Tak ada satu pengalaman yang tidak mengajar kita. Walaupun banyaknya pahit, aku selalu hadamkan ia satu ujian untuk aku belajar. STAIL.MY membuka mataku untuk melihat perangai manusia yang berubah dan bermuka-muka, bagaimana rasa tertekan dengan kerja, tak suka tengok muka orang itu-ini. Tidak biasa dengan suasana seperti dalam drama Melayu sebegini tapi aku pasrah, ini jalan yang aku pilih yang aku fikir bagus untuk mengeksplorasi lebih lagi dalam bidang media dan penerbitan. Lagi pula seiring dengan kehendak massa yang mahukan pendigitalan media sebagai medium pantas terus ke audience-nya. Jadi aku terima pembaharuan ini dan sehingga kini aku suka dengan kerja ini. 

Tapi toksik orang didalamnya membuatkan kita harus kuat. Walaupun dihencap dengan tuduhan yang pelbagai. Kita harus terima sebab kita bukan siapa-siapa dan aku percaya suatu hari nanti segalanya akan terlerai dan alhamdulillah percaturan Allah amat cantik.

Dia temukan kita dengan semua orang walaupun bukan dalam pilihan dan kegemaran kita, untuk kita belajar dan mengenali setiap fiil manusia yang sememangnya pelbagai, pelik dan ada yang menjengkelkan kita. Ia bergantung pada kita untuk menerimanya. Padaku, ambil saja yang baik untuk diri sendiri. Yang tidak membuatkan hati jadi panas dan otak jadi serabut. 

Tanggal 29 Februari 2020 jam 1:42 pagi di London, aku menulis email berhenti kerja ke editor syarikat lama. Sengaja aku pilih tanggal 29 Februari kerana tarikh itu hanya hadir 4 tahun sekali.



Namun, sehingga kini bayaran hutang masih belum diterima. haha


No comments: