
Teater 'LARI' yang dipentaskan di Laman Budaya Kuala Lumpur nie dilakonkan oleh adik-adik dari Kumpulan Teater Tunas Budaya. Cerita ini mengisahkan tentang anak-anak yang lari dari rumah kerana alasan-alasan tertentu seperti. Sekumpulan remaja nakal yang inginkan kebebasan daripada hidup terkongkong dirumah dek masalah keluarga dan Sepasang adik beradik yatim piatu yang lari kerana asyik dibuli oleh makciknya yang tamak. Cerita comel nie durasinya tak lah lama sangat, diisi dengan lagu-lagu popular seperti oh ibu, Syurga ditelapak kaki ibu dan sebagainya. Penyanyi yang menyanyi live pada 2 lagu terakhir memang mantap penguasaan vokal & penafasan yang tersusun. Keberanian adik-adik kecil nie terserlah kerana yang jelas mereka baru lagi dalam bidang seni teater. Malah ada yang baru berusia 3-4 tahun... Apa pun anda mmg comel... Kepada sesiapa yang belum memonton masih berpeluang lagi, teater nie dipentaskan selama 3 hari mulai semalam tau... any info rujuk poster diatas...
No comments:
Post a Comment